Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan
Wanita
yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic
sebagai langkah persediaan untuk hamil.
Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit
info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia
memberi manfaat buat kita bersama.
Apa
itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa
ia PENTING?
- Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
- Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia).
- Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
- Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
Bila
ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA
yang memerlukan ASID FOLIK?
· Semua wanita yang berumur 14-44 tahun
terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
· Ibu yang pernah melahirkan anak
dengan kecacatan saraf tunjang
· Merawat kesuburan pada lelaki
Dos
Asid Folik yang DIPERLUKAN?
· Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg)
sehari
· Wanita hamil - 600–800 micrograms
sehari
SUMBER
MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
· Hati ayam
· Daging, ayam, telur
· Kekacang
· Beras perang, barli, oat
· Sayuran hijau, Buah dan sayur warna
kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain
Pentingkah
Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?
Folic
acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan
mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma
yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan
menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate
adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur
ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.
sumber: http://drzubaidi.com
Oleh
itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan
untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda.
Kita berusaha ALLAH menentukan.
NAK suplemen yang ada FOLIC
ASID?
Shaklee
menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini
memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita.

B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini
mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan
kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk
mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9
bulan.
Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
· Membantu untuk mengekalkan tisu otak
yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam
saluran usus gastro.
· Terlibat dalam penghasilan tenaga dan
berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
· Diperlukan untuk pembentukan darah,
dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
· Membantu untuk mengelakkan sawan,
epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
· Membina rambut yang sihat dan
mencegah uban.
· Membantu dalam merawat alergi,
menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
· Membina tindak balas imun, mencegah
kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia,
membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat
badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?
· Penambahan tenaga segera.
· Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan
diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj
(vegetarian) dan anemia.
· Keupayaan Sistem Produktif
· Sangat membantu dalam stimulasi
metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
· Menyediakan asas nutrisi, memastikan
sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan
rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
· Melindungi fungsi buah pinggang,
jantung dan hati.
Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita
mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati
(pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

No comments:
Post a Comment